Monday, June 23, 2008

sejarah acs kampar

Asal Usul Penubuhan Anglo-Chinese School, Kampar Dan Sebab-Sebab Penubuhannya (1903 –1915)
Pekan Kampar yang pada masa dahulunya terkenal sebagai pekan perlombongan yang pesat. Ia hanya terdiri daripada beberapa lorong kedai dan rumah papan. Kebanyakan daripada penduduknya terdiri daripada orang Kantonis dan Hakka yang mempunyai kaitan yang rapat dengan industri perlombongan. Anglo-Chinese School telah mula diasaskan hampir seabad yang lalu iaitu pada bulan April 1903 oleh seorang mubaligh Kristian berbangsa Inggeris dari mazhah Gereja Methodist. Nama beliau ialah Reverend William E. Horley. Beliau merupakan seorang Padri Kristian dari mazhah Gereja Methodist di Asia Tenggara. Dengan pembukaan sekolah ini maka bermulalah sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi kanak-kanak di sekitar kawasan Kampar, Perak pada ketika itu. Pada masa itu masyarakat Cina merupakan penduduk majoriti di pekan itu dan oleh itu hanya pendidikan China sahaja yang terdapat di situ. Visi beliau yang bijak itulah akhirnya menjadikan sekolah ini antara sekolah yang terkemuka di Daerah Kinta Selatan. (13)

baca lagi

salam pengenalan

ahlan wasahlan

selamat membaca semoga dapat menambah ilmu atau pengetahuan tuan-tuan.